aktiviti

D' MERBAU MENYEDIAKAN : PENJUALAN BENIH LIMAU NIPIS (Tujuan utama)<> PENGINAPAN ( Pancing percuma n Panaroma Gunung Tahan):<> REHAT MINDA (Suasana hutan sebenar): <> AKTIVITI LASAK (4x4 extreme): <> PERKELAHAN DI HUTAN (berkelompok): <>DUSUN BUAH-BUAHAN (makan percuma)

HOMESTAY

Bagi mereka yang berjalan jauh terutama yang pulang ke Kelantan, kepenatan berjalan jauh  begitu terasa, maka amat perlu berhenti rehat dan tidur semalam dua. D' Merbau menyediakan tempat penginapan yang amat sesuai bagi yang bujang dan bekeluarga.
Kelebihan disini ialah; pertama anda dapat menlihat pemandangan Gunug Tahan yang merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Kelebihan kedua ialah anda sekeluarga diberi peluang secara percuma memancing ikan sungan air tawar. Keluasan kolam melebihi 2 ekar tanah membuatkan anda tidak bosan memancing sepanjang berada di D' Merbau ini.
Ikan yang anda pancing boleh dimasak dan dimakan bersama keluarga, ataupun jika anda ingin membawanya pulang, pihak D'Merbau tidak menghalangnya.
Bagi yang bebar-benar ingin melihat haiwan yang terdapat di dalam hutan simpan Taman Negara  Gunung Tahan, D' Merbau ada menyediakan Night Safari dengan menaiki 4x4 bagi tujuan tersebut
Homestay yang serba lengkap jua menyediakan pakej makan malam bagi keluarga yang ingin merasakan maskan tradisional ala-Pahang. Gulai ikan sungai tempoyak dan ualam dari hutan yang berhampiran juga akan dihidangkan.