aktiviti

D' MERBAU MENYEDIAKAN : PENJUALAN BENIH LIMAU NIPIS (Tujuan utama)<> PENGINAPAN ( Pancing percuma n Panaroma Gunung Tahan):<> REHAT MINDA (Suasana hutan sebenar): <> AKTIVITI LASAK (4x4 extreme): <> PERKELAHAN DI HUTAN (berkelompok): <>DUSUN BUAH-BUAHAN (makan percuma)

AKTIVITI 4X4 EXTREME

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak terutama yang lebih extreme, D' Merbau menyediakan aktiviti sedemikian. Disini anda dapat mengikuti berbagai cabaran yang amat merbahaya dan pengalaman yang hebat sepanjang hidup anda. Suasana hutan yang hampir terancam dan kemungkinan anda tidak dapat melihatnya bagi jangka masa 20 hingga 30 tahun akan datang, D'Merbau cuba memberi peluang ini disamping mengalaminya sendiri. Semua aktiviti ini adalah amat merbahaya dan memerlukan fizikal yang benar-benar sihat
D' Merbau menyediakan kemudahan 4x4 tetepai anda digalakkan membawa kenderaan sendiri agar kepuasan berada di litar 4x4 D' Merbau extreme lebih terasa. Keselamatan anda sewaktu bermula litar XPDC hingga ke keluar litar XPDC adalah tanggunggan sendiri.
D' Merbau akan memberi beberapa tunjuk ajar bagi mengendalikan kenderaan pacuan empat roda dan teknik pengendalian winncing serta beberapa pengalaman pergembaraan diwaktu malam dan berada di dalam keadaan kecemasan. Semua ini terpulang kepada anda bagaimana dan apa yang seharusnya yang anda inginkan. Pendek kata sepanjang berada di D' Merbau semuanya "DARI ANDA KEPADA ANDA DAN UNTUK ANDA".