aktiviti

D' MERBAU MENYEDIAKAN : PENJUALAN BENIH LIMAU NIPIS (Tujuan utama)<> PENGINAPAN ( Pancing percuma n Panaroma Gunung Tahan):<> REHAT MINDA (Suasana hutan sebenar): <> AKTIVITI LASAK (4x4 extreme): <> PERKELAHAN DI HUTAN (berkelompok): <>DUSUN BUAH-BUAHAN (makan percuma)

PERKELAHAN

       ALAM SEMULAJADI D' Merbau menyediakan tempat perkelahan "LAIN DARI YANG LAIN". D' Merbau sememangnya mengekalkan konsep suasana alami di hutan belantara. Anda dapat merasakan seperti berada di zaman dahulu kala. Maksudnya D' Merbau akan membawa anda berkelah ke tempat yang tidak dikunjungi oleh orang ramai. Anda boleh memilih sendiri lokasi perkelahan yang anda inginkan.

       Anda akan dapat merasa keadaan alam semulajadi dan suasana sebenar hutan belantara negara kita, ini kerana tempat perkelahan dan tapak berkhemah betul-betul di dalam hutan belantara dan tidak menjadi tumpuan orang ramai.
Aktiviti di lokasi perkelahan atau tapak perkhemahan juga terpulang kepada anda, apa yang penting suasana alam semulajadi perlu dikekalkan dan ini menjadi keutamaan sepanjang anda berada di tempat perkelahan.

      KEMAHIRAN HIDUP  : D' Merbau akan membimbing anda dalam kemahiran hidup di hutan dengan memanfaatkan alam semulajadi sebagai keperluan harian untuk makan dan minun. Teknik memasak di dalam buluh dan menggunakan tanah sebagai sebahagian kePerluan memasak makanan menyebabkan suasana anda begitu terjua seperti berada di zaman dahulu. D' Merbau cuba mengurangkan dan kalau boleh tidak mahu menggunakan peralatan moden, ini bertujuan mengekalkan alam semulajadi dan apa yang penting perkelahan ini bersifat rawatan tradisional dengan menjaga kesihatan anda dari menggunakan bahan-bahan moden yang banyak mengandungi bahan kimia dan pengawet.

       RAWATAN TERAPI :  D' Merbau memperkenalkan satu teknik perubatab terapi tradisional untuk menguji jantung dan kesihatan seluruh tubuh anda. Rawatan ini hanya dapat dilakukan dengan mengikuti aktiviti perkelahan dan pelaksanaan secara tradisional (menggunakan alam semulajadi) sebagai tempat rawaran. Rawatan tidak dapat dibuat selain anda berada di suasana alam semulajadi di hutan belantara. Inilah keajaiban hutan belantara kita.
      PERUBATAN TRADISIONAL : Aktiviti mencari dan ingin mencuba akar-akar kayu yang tumbuh meliar di hutan juga boleh anda alami. D' Merbau akan membawa anda mencari senidiri akar-akar kayu perubatan tradisional dan anda memeasa sendiri dan meminumnya dengankhidmat nasihat pemandu pelancong yang disediakan.

AKTIVITI BEBAS : Aktiviti seperti menyelam dan memancing ikan juga disediakan kepada anda yang berminat. Semua aktiviti ini dilakukan di sungai dimana tapak perkelahan anda pilih. Anda akan menikmati ikan segar dari sungai yang ulunya ialah Gunung Tahan. Semua ikan ini hidup di dalam alam semulajadi. AWAS : semua aktiviti terhad kepada kaedah tradisional sahaja (cth : pancing, jala, bubu). Segala aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang adalah DITEGAH SAMA SEKALI.